Jadual Kuliah
Ahad
- Masjid Ar-Rahim
Isnin
- Masjid Kota Ayangan
Selasa
- Masjid Taqwa
Rabu
- Masjid Tudan Baru
Khamis
- Yasin - Masjid Taqwa
Jumaat
- Masjid Bayangan
- Masjid Ar-Rahim
Isnin
- Masjid Kota Ayangan
Selasa
- Masjid Taqwa
Rabu
- Masjid Tudan Baru
Khamis
- Yasin - Masjid Taqwa
Jumaat
- Masjid Bayangan
Khutbah Pilihan
Pautan Pilihan
Diriku
Bulan Islam
Saturday, August 29, 2009
Ramadhan yang pantas berlalu
Antara sedar dan tidak, hari ini merupakan hari yang ke-9 Ramadhan. Biar pun kita tidak rela membiarkan Ramadhan berlalu, tetapi ia tetap berlalu. Walaupun sekuat mana kita menjerit, menangis, atau meraung sehingga keluar air mata darah sekalipun merayu supaya Ramadhan yang telah berlalu kembali kepada kita, tetap ia tidak akan kembali. Apa yang pasti setiap amalan yang kita lakukan sama ada banyak atau sedikit sudah dihitung oleh Allah untuk dibentangkan kepada kelak. Bagi mereka yang banyak melakukan ibadat dalam 9 hari yang lepas dan amalan mereka sedang terus meningkat, mereka mungkin tersenyum lebar puas dengan hasil usaha mereka. Namun bagi mereka yang masih belum lagi memulakan usaha melakukan ibadat terasa sedikit kerugian.
Sebenarnya suasana merasakan kerugian dan penyesalan tidaklah jauh dari suasana yang telah digambarkan oleh Allah di dalam Al-Quran yang menceritakan keadaan manusia yang merayu supaya mereka dikembalikan ke dunia untuk beribadat. Cuma perbezaannya adalah kalau di akhirat kelak manusia sama sekali tidak berpeluang memperbetulkan kesilapan yang telah mereka lakukan di dunia, sedangkan penyesalan pada 9 Ramadhan masih memberikan kita peluang masa yang ada... itupun sekiranya umur kita masih ada.
Apa yang pasti Ramadhan tahun ini akan terus berlalu dengan pantas seperti Ramadhan tahun-tahun yang lepas. Persoalan yang mesti ditanya kepada diri kita hanyalah apakah Ramadhan tahun ini akan dilepaskan begitu sahaja ? Kenapa kita tidak rebut peluang yang masih ada untuk beribadat ? Apakah kita merasakan bahawa sudah cukup amalan kita untuk bertemu dengan Allah ?
atau soalan yang paling PENTING mesti diajukan kepada diri kita,
APAKAH KITA SUDAH BERSEDIA UNTUK MATI ?

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment