Jadual Kuliah
- Masjid Ar-Rahim
Isnin
- Masjid Kota Ayangan
Selasa
- Masjid Taqwa
Rabu
- Masjid Tudan Baru
Khamis
- Yasin - Masjid Taqwa
Jumaat
- Masjid Bayangan
Khutbah Pilihan
Pautan Pilihan
Diriku
Bulan Islam
Ramadhan yang pantas berlalu
Sebenarnya suasana merasakan kerugian dan penyesalan tidaklah jauh dari suasana yang telah digambarkan oleh Allah di dalam Al-Quran yang menceritakan keadaan manusia yang merayu supaya mereka dikembalikan ke dunia untuk beribadat. Cuma perbezaannya adalah kalau di akhirat kelak manusia sama sekali tidak berpeluang memperbetulkan kesilapan yang telah mereka lakukan di dunia, sedangkan penyesalan pada 9 Ramadhan masih memberikan kita peluang masa yang ada... itupun sekiranya umur kita masih ada.
Apa yang pasti Ramadhan tahun ini akan terus berlalu dengan pantas seperti Ramadhan tahun-tahun yang lepas. Persoalan yang mesti ditanya kepada diri kita hanyalah apakah Ramadhan tahun ini akan dilepaskan begitu sahaja ? Kenapa kita tidak rebut peluang yang masih ada untuk beribadat ? Apakah kita merasakan bahawa sudah cukup amalan kita untuk bertemu dengan Allah ?
atau soalan yang paling PENTING mesti diajukan kepada diri kita,
APAKAH KITA SUDAH BERSEDIA UNTUK MATI ?
Hanya 27 ada sijil halal
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Dalam keghairahan umat Islam berbuka puasa di hotel pada bulan Ramadan ini ramai yang tidak sedar bahawa hanya 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di seluruh negara diiktiraf sebagai halal.
Malah seperti satu budaya, apabila tiba bulan Ramadan hotel-hotel tersebut akan berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa walaupun tidak mempunyai sijil halal untuk dapur utama mereka.
Hati-hati kerana setiap daging yang tumbuh dari yang haram maka neraka lebih utama untuknya.
KELEBIHAN RAMADHAN
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e)
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. )Hadis riwayat Bukhari)
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).(Hadis riwayat Ahmad)
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. (Hadis riwayat imam Bukhari)
Keterangan Hadis
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
MALAM TERISTIMEWA RAMADHAN
Lailatul Qadar.
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, 2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? 3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); 5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
TAHUKAH ANDA ? 1000 BULAN = 83 TAHUN 4 BULAN
AMALAN BULAN RAMADHAN
1. Puasa.
2. Bersegera dalam berbuka dan melewatkan bersahur.
3. Solat 5 waktu berjemaah.
4. Solat sunat.
5. Solat terawih.
6. Qiamullail.
7. Membaca Al-quran.
8. Zikir.
9. Istighfar.
10. Doa masuk Syurga dan dijauhi dari Neraka.
11. Sedekah.
12. Menyediakan makanan untuk orang berbuka.
ZIKIR BULAN RAMADHAN
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
DOA BULAN RAMADHAN
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ
ISTIGHFAR BULAN RAMADHAN
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ.
MOTIVASI RAMADHAN
"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu dibayangi dengan satu bulan yang agung lagi diberkati, iaitu bulan yang ada di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diwajibkan Allah puasa fardu pada siang hari, amalan sunnat pada malam-malamnya.
"Sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan daripada amal-amal kebajikan dan kebaikan, seolah-olah dia telah melakukan satu perkara fardu, sementara yang melakukan satu perkara fardu (pada bulan Ramadan), seolah-olah dia telah melakukan 70 perkara fardu."
Ramadan adalah bulan kesabaran, dan pahala sabar itu akan membawa ke syurga. Ia juga bulan bertolak ansur, berkasih sayang, bulan yang menambahkan rezeki golongan mukmin.
Sesiapa yang memberi dan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, baginya keampunan seluruh dosa-dosa yang pernah dilakukannya serta pelepasan dari api neraka. Baginya juga pahala yang tidak berkurangan dari orang yang berpuasa.
Para sahabat bertanya: "Sebenarnya kami tidak ada apa yang boleh dijadikan juadah berbuka puasa untuk yang berpuasa, bagaimana kami boleh meraih pahala?"
Baginda menjawab: "Allah tetap akan memberi pahala menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar, atau seteguk air atau setitis susu untuk orang berpuasa."
Ini kerana sabda baginda, pada 10 pertama Ramadan adalah rahmat, 10 pertengahan disediakan keampunan dan 10 akhir Ramadan adalah pelepasan daripada api neraka.
Justeru, tegas baginda, perbanyakkan pada bulan Ramadan dengan empat perkara:
"Dua perkara daripadanya adalah untuk mendapatkan keredaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi tidak boleh tidak, kamu mesti melakukannya.
"Dua perkara untuk mendapatkan Tuhan kamu itu adalah dengan mengucap syahadat La Ilaha Illallah (tiada Tuhan melainkan Allah) dan memperbanyak Istighfar.
"Sementara dua perkara yang mesti kamu lakukan adalah memohon kepada Allah untuk memasuki syurga-Nya dan minta dijauhkan daripada memasuki neraka-Nya.
"Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari telagaku, di mana dia tidak akan merasa dahaga selepas meminumnya hingga dimasukkan dalam syurga." (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dalam kitab sohihnya, al-Baihaqi dan Ibnu Hibban).
Fadhilat Bulan Sya’aban
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )
Baca lagi >>
Sya'aban Tangga Terakhir Menuju Ramadhan
Walaupun begitu seperti mana ahli sukan yang bersukan, sebelum bertanding mereka akan memulakan dengan aktiviti memanaskan badan. Malah aktiviti pemanasan ini dianggap antara yang terpenting kerana tanpanya ahli sukan tersebut mungkin akan merana sengsara menghadapi pelbagai kecederaan.
Maka kita sebelum menempuhi Ramadhan maka sudah semestinya kita mulakan dengan aktiviti pemanasan badan iaitu di dalam bulan Rejab dan Sya'aban. Bulan inilah sepatutnya kita gunakan sebaik mungkin.
Semoga Ramadhan yang akan kita tempuhi menjadi medan terbaik untuk kita mentarbiyah diri kita.
Siri Di Ambang Ramadhan bhgn akhir
17. Doa berbuka puasa bersama keluarga / beramai-ramai.
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَعَلَى رِزْقِكَ أفْطَرْنَا , فَتَقَبَّلَ مِنَّا ، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Maksudnya : Ya Allah, untuk-Mu kami berpuasa dan atas rezeki-Mu kami berbuka, maka terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
18. Doa ketika menerima sesuatu pemberian.
بَارَكَ اللهُ لَكَ فِيْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ
Maksudnya : Allah memberi berkat kepadamu, pada ahli keluargamu dan harta bendamu.
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
Maksudnya : Allah sahaja yang membalas dengan sebaik-baik balasan.
19. Ucapan di kala terlintas di dalam hati sesuatu yang tidak baik / perasaan marah.
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
Maksudnya : Ku berlindung dengan Allah dari syaitan yang kena rejam.
20. Ucapan Apabila terlanjur melakukan kesalahan dosa.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ
Maksudnya : Ku memohon ampun dengan Allah yang Maha Besar.
21. Ucapan apabila dilempar kata-kata kesat / kata-kata tidak sopan
إِنِّيْ صَائِمٌ , إِنِّيْ صَائِمٌ
Maksudnya : Sesungguhnya ku orang yang berpuasa (dua kali)
22. Ucapan apabila menghadapi sesuatu yang tidak disenangi.
اَلْحَمْدُ ِللهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah atas segala keadaan.
23. Bacaan ketika sujud tilawah / sujud sejadah.
سَجَدَ وَجْهِي للّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أحْسَنُ الخَالِقِينَ
Maksudnya : Telah sujud muka dan seluruh diriku kepada Allah yang telah mencipta dan membentuk rupanya, juga yang telah mencipta pendengaran dan penglihatannya (dengan perantaraan telinga dan mata). Dengan kuasa Allah jualah (pendengaran dan penglihatan terpelihara dengan selamatnya). Maha suci Allah sebaik-baik pencipta.
24. Bacaan ketika sujud syukur.
الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِي عَافَانِي مِمّا ابْتَلاَنِي , وَفَضَّلَنِيْ عَلَى كَثِيرٍ مِنْ عِبَادِهِ تَفْضِيلاً
Maksudnya : Segala puji dan syukur kepada Allah telah memberikan kesihatan kepadaku dan apa yang diuji kepadaku dan telah memberikan banyak kepadaku dari kalangan hambanya yang ramai.
25. Doa sepanjang bulan Ramadhan / untuk mendapat Lailatul Qadar.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيْ
Maksudnya : Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun , Mulia, suka memberi keampunan, maka ampunilah dosaku.
26. Doa selepas membaca Al-Quran.
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا بِكُلِّ حَرْفٍ مِنَ الْقُرْآنِ حَلاَوَةً , وَبِكُلِّ كَلِمَةٍ كَرَامَةً , وَبِكُلِّ آيَةٍ سَعَادَةً , وَبِكُلِّ سُوْرَةٍ سَلاَمَةً , وَبِكُلِّ جُزْءٍ جَزَاءً . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Maksudnya : Ya Allah ! Kurniakanlah kepada kami setiap huruf dari Al-Quran kemanisan iman, setiap kalimah Al-Quran kemuliaan, setiap ayat Al-Quran kebahagiaan, setiap surah Al-Quran keselamatan, dan setiap juzuk Al-Quran balasan. Dan selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, keluarga baginda dan para sahabat kesemua.
27. Uswah untuk kaum wanita.
Jadikanlah di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini Uswah / ikutan daripada amalan Siti Fatimah bt. Rasulullah SAW. yang diamalkan ketika hendak tidur, iaitu :
Baca
سُبْحَانَ اللهِ – 33 kali
اَلْحَمْدُ ِللهِ - 33 kali
اَللهُ أَكْبَرُ – 33 kali
Kelebihan (fadhilat).
- Dapat mentadbir rumah tangga dengan baik dan teratur.
- Dapat melahirkan ahli keluarga bahagia dan bertakwa kepada Allah.
- Dapat membentuk suri rumah yang soleh.
Sekian –
Rujukan :
- Al-Azkar –li An-Nawawi
- Min wasoya Ar-Rasul SAW.
- Durratu An-Nasihin.
- Mestika Hadis – Jilid 2.
- Ihya' 'Ulumuddin Juzuk 12.
- Hidayatu As-Saliki fi Suluki Al-Muttaqin.
Siri Di Ambang Ramadhan bhgn 2
Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan boleh dilakukan sekurang-kurangnya :
1. Mengikut pendapat Al-Syaukani : Ialah dengan, atau semata-mata sembahyang yang memberi maksud menghidupkan malam dengan beramal malam (Qiamullail).
2. Mengikut pendapat Imam An-Nawawi : Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan berhasil dengan sembahyang terawih, kerana Qiam Ramadhan tidak berlaku melainkan dengan sembahyang terawih.
6. Sebaik-baik peluang
Tiap-tiap orang mukalaf yang melakukan dosa wajiblah bertaubat segera di dalam bulan Ramadhan dan sebaik-baik peluang untuk bertaubat. Keperluan bertaubat sebagaimana berikut :
• Menyesal daripada pekerjaan dosa yang telah dikerjakan.
• Meninggalkan pekerjaan dosa itu dengan kehendak sendiri.
• Berazam tidak hendak kembali selama-lamanya berbuat dosa.
• Benci kepada perbuatan dosa sebagaimana benci kepada racun.
• Memperbanyakkan beristighfar kepada Allah.
7. Praktik bertaubat
Bertaubat dipraktik atau dilakukan sebagaimana berikut :
1. Menyebut dengan lidah : Iaitu mengaku berlaku zalim dengan menyebut :
رَبِّ , ظَلَمْتُ نَفْسِيْ , وَعَمَلْتُ سُوْءَ فَاغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِي
Maksudnya : Tuhanku, ku telah menzalimi diriku, ku telah melakukan kejahatan, maka ampunilah segala dosaku.
Dan juga dengan beristighfar (menyebut mana-mana Istighfar).
2. Melakukan dengan anggota iaitu berbuat sebarang amalan ketaatan kepada Allah, bersedekah dan jenis-jenis ibadat yang lain.
Mengikut atsar Sahabat cara bertaubat yang lebih kepada mendapat keampunan daripada Allah apabila diikuti dengan lapan amalan, empat daripadanya amalan hati dan empat lagi amalan anggota.
Empat daripada amalan hati :
1. Taubat yang disebatikan dengan azam.
2. Kerelaan hati membuang dosa.
3. Menimbulkan perasaan takut kepada seksa di akhirat.
4. Menaruh harapan mendapat keampunan Allah.
Empat daripada amalan anggota :
1. Sembahyang sunat Taubat dua rakaat.
2. Beristighfar kepada Allah 70 kali (selepas salam).
Dan mengucapkan "سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ"100 kali.
3. Memberi sedekah.
4. Berpuasa satu hari (selain puasa bulan Ramadhan).
(Ihya' Ulumuddin , Juzu' 12, M/s 2145)
Kata Imam Ghazali Rahimahullah, kata setengah hukama' : Sesiapa yang diberi oleh Allah empat perkara nescaya tiada ditegahkan daripada empat perkara :
• Sesiapa yang diberi oleh Allah akan syukur, nescaya tiada ditegahkan tambahan nikmatnya.
• Sesiapa yang diberi oleh Allah akan taubat, nescaya tiada ditegahkan kebajikan.
• Sesiapa yang diberi oleh Allah musyawarah, nescaya tiada ditegahkan kebenarannya.
(Hidayah As-Salikin fi Suluk Maslak Al-Muttaqin m/s 262)
8. Taubat meninggalkan yang fardu
Jika dosa yang berhubung dengan meninggal yang fardu seperti sembahyang, puasa, zakat maka hendaklah segera qadha', bahkan hendaklah diutamakan qadha' yang fardu dari mengerjakan amalan-amalan sunat. Ini berlainan dengan sunat di bulan Ramadhan, kerana sunat terawih yang berpahala besar, juga sunat muakkadah tidak patut ditinggalkan.
9. Taubat dosa yang bersangkut dengan manusia.
- Jika doa itu yang berkaitan dengan harta benda hendaklah dikembalikan kepada empunyanya. Jika yang empunya harta benda itu sudah tiada lagi maka hendaklah harta itu dibuat kebajikan atau disedekahkan dengan meniatkan pahala bagi empunyanya.
- Jika yang berkaitan dengan mengumpat dan mencabuli kehormatan hendaklah minta halalkan dari yang kena umpat dan yang kena cabul.
- Jika dosa membunuh hendaklah menyerahkan diri kepada warisnya yang kena bunuh / minta halalkan.
- Jika dosa meluka / mencedera hendaklah membayar ganti rugi / minta halalkan jika ia masih hidup.
10. Taubat dosa yang bersangkut paut dengan binatang.
Mintalah keampunan dengan Allah, kerana Allah sahaja yang mengampun dan Dialah (Allah) yang menjadikan binatang.
11. Rintihan dalam bertaubat.
Iringilah dalam bertaubat doa rintihan berikut :
اللَّهُمَّ مَغْفِرَتَكَ أَوْسَعُ مِنْ ذُنُوْبِنَا
" Hai Tuhanku ! Keampunan Engkau terlebih luas daripada segala dosa kami"
وَرَحْمَتَكَ أَرْجَى عِنْدَنَا مِنْ أَعْمَالِنَا
" Dan rahmat Engkau dan kasihan Engkau lebih besar daripada harapan kami kepada amalan kami"
وَكَرَمَكَ وَجُوْدَكَ مَسْبُوْلٌ عَلَيْنَا وَعَلَى الْمُذْنِبِيْنَ
" Dan kemuliaan Engkau dan kemurahan Engkau terlepas dan terhampar ke atas kami dan ke atas hamba Engkau yang berdosa"
12. Contoh istighfar Nabi SAW.
الّلَهُمّ اغْفِرْ لِي خَطِيْئَتِي وَجَهْلِي. وَإِسْرَافِي فِي أَمْرِي. وَمَا أَنَتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي. الّلَهُمَّ اغْفِرْ لِي هَزْلِي وَجِدِّي. وَخَطَئِي وعَمْدِي. وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي. الّلَهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ. وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ. وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ. وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : Ya Allah ! Ampunilah daku kesalahanku, kejahilanku dan perbuatanku yang melampau-lampau, dalam urusanku, dan perkara yang Engkau lebih tahu daripadaku. Ya Allah ! Ampunilah daku sendaanku, kesungguhanku, salahku dan sengajaku, semuanya itu dariku. Ya Allah ! Ampunilah daku dosaku yang telah kulakukan dahulu dan yang akan kulakukan kemudian, dosaku yang tersembunyi dan yang nyata padaku dan dosa yang Engkau lebih mengetahui dariku. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. Engkaulah ya Allah, berkuasa ke atas segala sesuatu.
13. Doa menyambut ketibaan bulan Ramadhan
اللّهُمَّ أَهْلِهُ عَلَيْنَا بالأَمْنِ وَإِلايمَانِ والسَّلاَمَةِ وَالإِسْلاَمِ وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى. رَبُّنَا ورَبُّكَ اللهُ
Maksudnya : Ya Allah ! Jadikanlah kedatangan (Ramadhan) ke atas kami dengan keamanan, keimanan, keselamatan, menyerah diri (dengan agama Islam) dan mendapat taufik bagi perkara yang Engkau suka dan Engkau redha. Tuhan kami dan Tuhan engkau (bulan) ialah Allah.
14. Ucapan setelah di isytihar puasa bulan Ramadhan.
هِلاَلٌ خَيْرٍ وَرُشْدٍ آمَنْتُ بالّذِيْ خَلَقَكَ
Maksudnya: Anak bulan kebajikan dan anak bulan petunjuk, ku beriman dengan Engkau (Allah) yang telah jadikan.
15. Lafaz niat puasa Ramadhan.
نَوْيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءٍ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah taala.
16. Doa berbuka puasa.
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أفْطَرْتُ
Maksudnya : Ya Allah untuk-Mu ku berpuasa dan atas rezeki-Mu ku berbuka.
Siri Di Ambang Ramadhan bhgn 1
SANTAPAN ROHANI BULAN RAMADHAN
1. Peringatan dari langit
Sabda Rasulullah SAW :
إِذَا كَانَتْ أَوّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ وَنَادَى مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ. وَيَا بَاغِيَ الشّرّ أَقْصِرْ. وَلِلّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النّارِ. وَذَلِكَ فِي كُلّ لَيْلَةٍ
- Riwayat Al-Khamsah
Maksudnya : Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan seruan (dari langit) menyeru : Wahai orang yang ini berbuat kebajikan teruskanlah (mara berbuat kebajikan), wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah melepaskan ramai orang dari neraka. Seruan itu pada tiap-tiap malam.
2. Wasiat Rasulullah SAW.
Hakikat sebenar bulan Ramadhan dan kebesarannya. Rasulullah SAW telah memberi wasiat di akhir khutbah baginda , berbunyi :
... واستكثروا فيه من أربع خصال : خصلتين ترضون بِهِمَا ربكم وخصلتين لا غناء بكم عنهما . وأما الخصلتان اللتان ترضون بِهِمَا ربكم : فشهادة أن لا إله إلا الله وتستغفرونه . وأما اللتان لا غناء بكم عنهما فتسألون الله الجنة , وتعوذون به من النار . ومن سقى صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظماء بعدها حتى يدخل الجنة
Maksudnya : Perbanyakkanlah beramal di dalam bulan Ramadhan dalam empat perkara. Dua perkara untuk kamu beroleh keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu tidak boleh terlepas darinya. Adapun dua perkara yang kamu beroleh keredhaan Allah ialah kesaksian kamu (syahadah) " لا إله إلا الله" dan kamu beristighfar kepada-Nya. Dan dua perkara yang kamu tidak boleh terlepas darinya ialah kamu memohon syurga dari Allah dan memohon berlindung dengan-Nya dari neraka. Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa (ketika berbuka) Allah akan memberi minum kepadanya air dari kolamku sebagai air minum yang tidak akan dahaga lagi selepas meminumnya sehingga dimasukkannya ke dalam syurga.
3. Penghayatan wasiat
Penghayatan dari wasiat di atas sebagaimana berikut :
- Perbanyakkan bermalam di dalam bulan Ramadhan berzikir " لا إله إلا الله" .
- Perbanyakkan beristighfar di dalam bulan Ramadhan dengan mana-mana lafaz istighfar, juga perbanyakkan bertaubat dari dosa.
- Perbanyakkan berdoa memohon syurga di dalam bulan Ramadhan juga perbanyakkan berdoa berlindung dari neraka.
- Memberi makanan atau minuman berbuka kepada orang berpuasa adalah besar pahalanya.
4. Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan.
Adalah suatu keberuntungan kepada orang-orang mukmin yang tidak melepaskan peluang gandaan pahala yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya di sepanjang bulan Ramadhan yang meliputi rahmat, keampunan dan kesucian dari dosa yang melayakkan memasuki syurga.
Rasulullah SAW menarik perhatian umat-umatnya supaya berusaha mendapatkan gandaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan , di antaranya menghidupkan malam-malamnya, sebagaimana sabda baginda :
مَنْ قامَ رَمَضانَ إِيماناً واحْتِساباً غُفِرَ له ما تَقدّم مِنْ ذَنْبِه
- Diriwayatkan oleh Bukhari-
Maksudnya : Barangsiapa yang menghidupkan (malam-malam) bulan Ramadhan (dengan berbuat amal) sepenuh keimanan dan mencari pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu.
Bersambung ...
Dipetik dari buku
SANTAPAN ROHANI BULAN RAMADHAN
Oleh :
Jusuh Mamat
Penolong Pengarah Penerbitan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Terbitan : Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Kelantan.

