Sunday, August 2, 2009

Siri Di Ambang Ramadhan bhgn 1

SANTAPAN ROHANI BULAN RAMADHAN

1. Peringatan dari langit

Sabda Rasulullah SAW :

إِذَا كَانَتْ أَوّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ وَنَادَى مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ. وَيَا بَاغِيَ الشّرّ أَقْصِرْ. وَلِلّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النّارِ. وَذَلِكَ فِي كُلّ لَيْلَةٍ

- Riwayat Al-Khamsah

Maksudnya : Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan seruan (dari langit) menyeru : Wahai orang yang ini berbuat kebajikan teruskanlah (mara berbuat kebajikan), wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah melepaskan ramai orang dari neraka. Seruan itu pada tiap-tiap malam.

2. Wasiat Rasulullah SAW.

Hakikat sebenar bulan Ramadhan dan kebesarannya. Rasulullah SAW telah memberi wasiat di akhir khutbah baginda , berbunyi :

... واستكثروا فيه من أربع خصال : خصلتين ترضون بِهِمَا ربكم وخصلتين لا غناء بكم عنهما . وأما الخصلتان اللتان ترضون بِهِمَا ربكم : فشهادة أن لا إله إلا الله وتستغفرونه . وأما اللتان لا غناء بكم عنهما فتسألون الله الجنة , وتعوذون به من النار . ومن سقى صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظماء بعدها حتى يدخل الجنة

Maksudnya : Perbanyakkanlah beramal di dalam bulan Ramadhan dalam empat perkara. Dua perkara untuk kamu beroleh keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu tidak boleh terlepas darinya. Adapun dua perkara yang kamu beroleh keredhaan Allah ialah kesaksian kamu (syahadah) " لا إله إلا الله" dan kamu beristighfar kepada-Nya. Dan dua perkara yang kamu tidak boleh terlepas darinya ialah kamu memohon syurga dari Allah dan memohon berlindung dengan-Nya dari neraka. Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa (ketika berbuka) Allah akan memberi minum kepadanya air dari kolamku sebagai air minum yang tidak akan dahaga lagi selepas meminumnya sehingga dimasukkannya ke dalam syurga.

3. Penghayatan wasiat

Penghayatan dari wasiat di atas sebagaimana berikut :

  1. Perbanyakkan bermalam di dalam bulan Ramadhan berzikir " لا إله إلا الله" .
  2. Perbanyakkan beristighfar di dalam bulan Ramadhan dengan mana-mana lafaz istighfar, juga perbanyakkan bertaubat dari dosa.
  3. Perbanyakkan berdoa memohon syurga di dalam bulan Ramadhan juga perbanyakkan berdoa berlindung dari neraka.
  4. Memberi makanan atau minuman berbuka kepada orang berpuasa adalah besar pahalanya.

4. Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan.

Adalah suatu keberuntungan kepada orang-orang mukmin yang tidak melepaskan peluang gandaan pahala yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya di sepanjang bulan Ramadhan yang meliputi rahmat, keampunan dan kesucian dari dosa yang melayakkan memasuki syurga.

Rasulullah SAW menarik perhatian umat-umatnya supaya berusaha mendapatkan gandaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan , di antaranya menghidupkan malam-malamnya, sebagaimana sabda baginda :

مَنْ قامَ رَمَضانَ إِيماناً واحْتِساباً غُفِرَ له ما تَقدّم مِنْ ذَنْبِه

- Diriwayatkan oleh Bukhari-

Maksudnya : Barangsiapa yang menghidupkan (malam-malam) bulan Ramadhan (dengan berbuat amal) sepenuh keimanan dan mencari pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu.


Bersambung ...


Dipetik dari buku

SANTAPAN ROHANI BULAN RAMADHAN

Oleh :

Jusuh Mamat

Penolong Pengarah Penerbitan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Terbitan : Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Kelantan.

0 comments:

Post a Comment