Blog Archive
Jadual Kuliah
- Masjid Ar-Rahim
Isnin
- Masjid Kota Ayangan
Selasa
- Masjid Taqwa
Rabu
- Masjid Tudan Baru
Khamis
- Yasin - Masjid Taqwa
Jumaat
- Masjid Bayangan
Khutbah Pilihan
Pautan Pilihan
Blog Archive
Diriku
Bulan Islam
Tazkirah Ringkas
1. Kita beruntung menjadi orang yang dipilih dan dimuliakan Allah dengan solat asar yang sangat diberi perhatian oleh Allah di dalam Al-quran.
2. Kita beruntung dalam agama ini kerana dengan melakukan amalan yang sedikit, tetapi pahalanya berganda.
3. Majlis zikir dinaungi oleh malaikat.
4. Malaikat akan mengenali siapa sahaja yang berzikir walau berada di mana sekalipun.
5. Majlis zikir akan bercahaya menerangi kegelapan.
6. Barangsiapa beramal dengan la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin 3 kali kemudian diikuti dengan doa, maka doanya akan dimakbulkan.
7. Kelebihan orang yang berziarah terutama ziarah orang sakit. Allah akan sembuhkannya dari sakit dan akan dibukakan pintu rezeki dan akan dipermudahkan urusan.
8. Sabda Nabi "Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah dia kasih kepada saudaranya seperti dia kasih kepada dirinya sendiri".
Inilah sebahagian yang masih diingati.. semoga berfaedah
Kelahiran yang kedua
Tepat jam 9.33 pagi sabtu 9 Rabi'ul Awwal 1432H bersamaan 12 Februari 2011 maka lahirlah anakku yang kedua. Anakku ini kunamakan Muhammad Habiburrahman. Kelahirannya yang penuh dengan kepayahan dan keperitan selepas isteriku yang dikasihi mempunyai tekanan darah yang tinggi. Hasilnya walaupun tempoh mengandung pada asalnya dijangka tamat pada 24 Februari 2011. Namun, Allah menentukan segala-galanya. Kelahiran yang kedua ini kurasakan cukup mendebarkan kerana anakku ini hanya mempunyai berat badan 1.65 kg.
Hari ini genaplah anakku berumur 7 hari. Isteriku baru semalam dibenarkan keluar dari wad tetapi terpaksa menemani anakku yang masih berada di wad Neonat kerana berat badannya yang kurang dari 1.7 kg iaitu berat badan yang ditetapkan oleh pihak Hospital. Lebih-lebih lagi dia baru disahkan mengidap demam kuning dan menerima rawatan lampu biru.
Ujian adalah ganjaran
Seperti setiap insan yang lain, aku tidak terlepas dari ujian Allah. Ujian yang kurasakan amat berat ini sebenarnya amat ringan berbanding dengan ujian-ujian yang sedang dan telah dilalui para sahabatku apabila bergelar bapa. Masih segar dalam ingatanku bagaimana sahabatku Ustaz Abdul Muien diuji dengan kelahiran anak sulungnya. Setiap hari selama 8 bulan, beliau dan isterinya terpaksa ke hospital bagi menjaga anaknya yang lahir dengan masalah usus. Cukup sedih apabila beliau menunjukkan kepada kami gambar-gambar anaknya yang dipenuhi dengan wayar. Masalahnya berakhir apabila anaknya yang diberi nama Fakhruddin itu akhirnya dijemput penciptaNya. Setiap makhluk pasti akan menemui mati.
Setiap kesusahan pasti diikuti kesenangan
Janji Allah pasti akan terlaksana. Tidak lama selepas kematian anaknya, Ustaz Abdul Muien telah dikurniakan pula seorang puteri yang dinamakan khadijah. Alhamdulillah kali ini kelahirannya sempurna dan beliau mendapat anak yang sihat. Firman Allah dalam surah al-insyirah yang bermaksud" 5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, 6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan".
Keyakinan bahawa setiap kesusahan pasti akan berakhir menguatkan semangatku untuk terus melalui setiap ujian Allah.
Keinsafan
Sepanjang anakku berada dalam inkubator, sempat juga aku menjenguk beberapa orang lagi bayi pra matang yang menghadapi masalah berat badan yang jauh lebih ringan dari anakku. Ada yang ketika dilahirkan hanya mempunyai berat badan 1.05 kg. Terasa sayu dihatiku melihat keadaan mereka. Lebih sayu lagi apabila aku dapat peluang menyaksikan ketabahan para ibu yang tidak mengerti penat dan lelah menjaga anak mereka. Ada yang sudah menjangkau 3 bulan berada di wad Neonat. Siang dan malam berusaha menyusu anak mereka. Terkadang terfikir dibenakku bagaimanakah agaknya bayi mereka apabila membesar kelak ? Mungkinkah menjadi manusia yang taat atau sebaliknya. Alangkah besarnya kederhakaan mereka sekira mereka menjadi manusia yang derhaka kepada ibu mereka. Mungkin coretan ini dapat memberi keinsafan kepada ramai para anak yang lupa dan tidak pernah mengenang betapa susahnya para ibu mereka ketika membesarkan mereka.
Ya Allah anugerahkan kepadaku dan isteriku kesabaran
Tidak ada yang mampu dilakukan oleh setiap orang yang bergelar insan apabila diuji melainkan berusaha melaluinya dengan penuh kesabaran. Ingatlah bahawa kesabaran inilah yang memberikan nilai ketaqwaan kita kepada Allah. Wahai para sahabatku doakan kami melalui setiap ujian Allah dengan penuh kesabaran dan keredhaan.
Abuhabib
16 Rabi'ul Awwal 1432H
18 Februari 2011
Setelah Setahun
Hari ini merupakan hari yang ke-24 Ramadhan.. masa begitu cepat berlalu... rasanya baru semalam terawih yang pertama. Terasa sayu pula apabila mengingati bahawa Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.. Maka akan kosonglah masjid-masjid. Hilanglah serinya. Saya begitu seronok apabila dapat melihat manusia yang berbondong-bondong ke masjid. Ada yang tua ada yang muda. Kesemuanya begitu ceria untuk ke masjid. Sayangnya semua itu hanya akan menjadi kenangan sebaik sahaja bulan Ramadhan berakhir.. Entahlah kenapa tetapi itulah sikap masyarakat kita hari ini yang menganggap bulan Ramadhan sahajalah bulan yang perlu (wajib) beribadat sebanyak-banyaknya.. Mereka seolah-olah lupa bahawa Allah memberi ganjaran tidak kira masa, bulan, tahun, hari atau minggu...
Apapun 10 Ramadhan terakhir ini marilah kita mengumpul tenaga yang ada untuk memburu lailatul qadar.. Semoga Allah memperkenankan doa kita untuk mendapatkan ganjaran seperti 1000 bulan beribadat..
Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

![]() |
| ALI |
MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Ayat al-Quran pada kulit bayi

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
Aidilfitri adalah lambang kejayaan bagi mereka yang berjaya. Kegembiraan disambut dengan kesyukuran takbir, tahmid dan tasbih. Bagi mereka yang gagal pula mereka juga menyambut Aidilfitri dengan kegembiraan kerana telah melalui tempoh penyeksaan melaksanakan ibadah. Bagi mereka yang menyayangi Ramadhan air mata mengalir kesedihan kerana yang tersayang telah meninggalkan mereka. Bagi mereka yang hanya mengerti seronok sahaja mereka pun mengalirkan air mata bukan kerana Ramadhan yang berlalu tetapi kerana orang yang ditunggu tidak pulang.
Apapun Syawwal yang tiba ini jangan pula kita lupa tentang keistimewaan yang besar di dalamnya. Seperti sabda nabi s.a.w yang bermaksud "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengannya puasa 6 hari dibulan Syawwal seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun".
Dalam keghairahan menyambut Syawwal dengan mengadakan atau menghadiri rumah-rumah terbuka maka janganlah kita terleka sehingga kita terlepas peluang untuk berpuasa 6 hari di dalam bulan Syawwal. Manalah tahu kalau tahun ini adalah tahun terakhir kita di dunia ini.
Tawaran Yang Hebat Tetapi Dipersiakan
Tetapi entah mengapa sehingga kini kita belum lagi mengambil langkah menjadikannya yang terbaik. Sebelum Ramadhan kita telah banyak mendengar kuliah dan tazkiran betapa besarnya kemuliaan Ramadhan.
Kita mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan kepada kita tentang puasa yang akan menjadi kita orang yang bertaqwa. Kita mendengar hadis-hadis Rasulullah s.a.w dibacakan kepada kita tentang kemuliaan dan keistimewaan Ramadhan. Kita mengetahui tentang erti mendapat Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan). Kita tahu semua itu.
Kita tahu tentang syurga dan pintunya dibuka luas untuk kita dalam bulan Ramadhan ini. Kita tahu bahawa sekiranya ini adalah Ramadhan yang terakhir dan kita tidak merebutnya kita akan kerugian.
Tetapi ....
Ya inilah masalah terbesar kita. Kita tahu, kita mengetahui, kita ada ilmu tentangnya tetapi kita tidak pernah mengambil serius perkara ini. Kita lalai, kita banyak mengambil mudah. Kita lupa bahawa tanpa usaha merebut kelebihan Ramadhan kita habuk pun tadak.
Paling mudah senang kita bagi contoh seseorang itu ke super market, ketika itu ada di sana sale. Potongan dan diskaun yang hebat. 50%, 70% , 80% malah ada di sana tawaran beli satu dapat satu. Kita dengan penuh takjubnya memuji kehebatan jualan habis-habisan supermarket tersebut. Persoalan ? Apa yang kita dapat kalau setakat memuji. Apa yang kita dapat setakat kita mengatakan isk... isk... kalau aku beli ini dan itu tentu untung. Habuk pun tadak. Sebab hanya orang yang membeli sahaja mendapat keuntungannya.
Begitu juga dengan Ramadhan. Hanya orang yang mengambil peluang beribadat di dalamnya sahajalah akan mendapat ganjaran yang besar. Mereka yang mempersiakannya ? Habuk tadak.
Ramadhan tinggal beberapa hari lagi... bagi seorang mukmin yang cintakan ibadat, mereka mulai rasa sebak dan sayu. Ramadhan bagaikan kekasih kepada mereka. Kecintaan


