Saturday, August 8, 2009

Sya'aban Tangga Terakhir Menuju Ramadhan

Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Awalnya Rahmat pertengahannya Keampunan dan penghujungnya kebebasan dari neraka. Menjadi satu kemestian untuk kita bersedia menempuhinya.

Walaupun begitu seperti mana ahli sukan yang bersukan, sebelum bertanding mereka akan memulakan dengan aktiviti memanaskan badan. Malah aktiviti pemanasan ini dianggap antara yang terpenting kerana tanpanya ahli sukan tersebut mungkin akan merana sengsara menghadapi pelbagai kecederaan.

Maka kita sebelum menempuhi Ramadhan maka sudah semestinya kita mulakan dengan aktiviti pemanasan badan iaitu di dalam bulan Rejab dan Sya'aban. Bulan inilah sepatutnya kita gunakan sebaik mungkin.

Semoga Ramadhan yang akan kita tempuhi menjadi medan terbaik untuk kita mentarbiyah diri kita.

0 comments:

Post a Comment