Saturday, September 26, 2009

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI

Walaupun ucapan ini sedikit terlewat namun tetapi tetap saya ucapkan. Sebenarnya dalam kesibukan melayan tetamu dan menziarahi sanak saudara di kampung, inilah ada masa sedikit terluang untuk ucapan Aidilfitri.

Aidilfitri adalah lambang kejayaan bagi mereka yang berjaya. Kegembiraan disambut dengan kesyukuran takbir, tahmid dan tasbih. Bagi mereka yang gagal pula mereka juga menyambut Aidilfitri dengan kegembiraan kerana telah melalui tempoh penyeksaan melaksanakan ibadah. Bagi mereka yang menyayangi Ramadhan air mata mengalir kesedihan kerana yang tersayang telah meninggalkan mereka. Bagi mereka yang hanya mengerti seronok sahaja mereka pun mengalirkan air mata bukan kerana Ramadhan yang berlalu tetapi kerana orang yang ditunggu tidak pulang.

Apapun Syawwal yang tiba ini jangan pula kita lupa tentang keistimewaan yang besar di dalamnya. Seperti sabda nabi s.a.w yang bermaksud "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengannya puasa 6 hari dibulan Syawwal seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun".

Dalam keghairahan menyambut Syawwal dengan mengadakan atau menghadiri rumah-rumah terbuka maka janganlah kita terleka sehingga kita terlepas peluang untuk berpuasa 6 hari di dalam bulan Syawwal. Manalah tahu kalau tahun ini adalah tahun terakhir kita di dunia ini.

0 comments:

Post a Comment